Nasional

Galak stesen televisyen siar rancangan khas pagi 31 Ogos

STESEN televisyen di negara ini digalakkan untuk menyiarkan rancangan khas pada pagi 31 Ogos tahun ini bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan yang tidak dapat diraikan seperti tahun sebelumnya ekoran pandemik wabak Covid-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perbincangan berhubung perkara itu bersama pihak stesen televisyen akan diadakan Rabu ini yang mana beliau difahamkan ada stesen televisyen yang sudah membuat rakaman rancangan khas, untuk disiarkan pada hari tersebut.

Mengambil contoh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Saifuddin berkata, mereka sudah membuat rakaman seperti upacara bacaan ikrar, menaikkan bendera dan perbarisan bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan masih dirasai walaupun dalam kebiasaan baharu.

“Kebanyakkan rakyat Malaysia menonton televisyen pada pagi Hari Kebangsaan untuk menonton acara perbarisan secara langsung.

“Jadi untuk tahun ini, kita berharap stesen televisyen juga boleh menyiarkan rancangan khas, tetapi mempunyai simbolik kepada sambutan Hari Kebangsaan,” katanya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang hari ini yang turut dihadiri Pengerusi SKMM Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan Pengarah SKMM Pahang Zahari Ismail. – BERNAMA – SM

 

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button