Berita

Tiga ditahan edar risalah politik dalam Pangkalan TLDM

IPOH 16 Nov. – Tindakan tiga lelaki mengedar risalah satu parti politik di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut mengundang padah apabila ditahan.

Pasukan Rondaan Provos Tentera Laut (PROTELA) menahan mereka semasa melakukan rondaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima satu laporan polis diterima daripada seorang petugas PROTELA TLDM Lumut semalam.

“Tiga lelaki berusia antara 19 hingga 33 tahun ditahan di pekarangan Blok A8 RKTLDM kerana mengedarkan risalah sebuah parti politik di dalam Pangkalan TLDM.

“Ia kerana Pangkalan TLDM telah diwartakan sebagai tempat kawasan dan tempat larangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Mohd. Yusri turut menasihatkan semua parti yang bertanding supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan tempoh berkempen.

“Pelaksanaan kempen telah dikecualikan di kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan, seperti mana yang dinyatakan di dalam Akta 298, Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

“Mana-mana individu yang gagal mematuhi perkara ini, boleh dikenakan penjara atau denda seperti mana yang dinyatakan di dalam Seksyen 7 akta yang sama,” katanya.

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button