NasionalNegeriPendidikan

Karnival Sayang PolyCC anjuran PTSS disertai 125 pelajar OKU

BUAT julung kali Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) menganjurkan Karnival Sayang PolyCC 2022 yang disertai 125 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Politeknik dan Kolej Komuniti dari seluruh negara.

Karnival Sayang PolyCC yang diadakan dari 3 hingga 5 Oktober ini dianjurkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Peserta terlibat terdiri OKU Pendengaran yang mengikuti Sijil Kemahiran di Politeknik dan OKU Masalah Pembelajaran yang mengikuti Sijil Kemahiran di Kolej Komuniti.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan majlis penutupan Karnival Sayang PolyCC 2022 di Dewan Harumanis PTSS Pauh Putra, Arau, Perlis, semalam.

Baginda juga berkenan merasmikan Bilik Aktiviti Pelajar Kemahiran Khas Hotel dan Katering (KHK), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Berkenan berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ts. Zainab Ahmad dan Pengarah PTSS, Mejar (Kehormat), Abdul Malek Hassan.

Sepanjang tiga hari, pelajar terlibat terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti sukan, kebudayaan pameran dan lawatan tempat menarik sekitar Perlis termasuk Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Pada majlis penutupan juga diadakan Anugerah Ikon Pelajar Istimewa PolyCC di mana ia disandang oleh V. Yilamaran, 22 dari Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru.

Beliau menerima hadiah yang disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin.

Anak bongsu dari tiga beradik yang mengalami masalah pendengaran sejak lahir ini banyak meraih kejayaan cemerlang peringkat antarabangsa menerusi sukan karate yang diminat sejak berusia 11 tahun.

Antaranya mendapat pingat Gangsa pada Kejohanan World Deaf Karate, November 2021 di Tehran, Iran. – SM

(Visited 434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button