Nasional

34 kampung di Marudi dapat bekalan air bersih

 

MIRI, 25 Nov – 34 buah kampung di kawasan Marudi, Bahagian Miri, Sarawak, mula menerima bekalan air bersih di bawah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, projek dengan kos RM38.5 juta itu mula dibina pada Mac 2019 dan siap sepenuhnya pada September 2021.

“Alhamdulillah, projek bekalan air di kawasan Marudi ini berjaya disiapkan dalam tempoh 18 bulan.

Justeru, penduduk di kawasan tersebut kini boleh menikmati bekalan air bersih dan terjamin dengan siapnya Projek BALB Marudi ini yang akan dapat membekalkan air ke kampung-kampung yang masih
belum mendapat bekalan air bersih dan terawat.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Marudi di sini hari ini.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.

Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah dan Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau.

Projek bekalan air tersebut kata Mahdzir, memberi manfaat kepada 1,586 buah rumah dan 7,930 orang penduduk.

Ia membabitkan jajaran sistem paip sepanjang 71 kilometer dari Telang Usan ke Kampung Lubok Nibong.

“Sebelum ini penduduk di kawasan tersebut menghadapi masalah bekalan air terawat dari Loji Rawatan Air sedia ada di WTP Marudi disebabkan kedudukan loji di kawasan itu rendah yang menyukarkan untuk menyalurkan air ke kawasan tinggi di sepanjang jalan dari Telang Usan ke Kampung Lubok Nibong.”

Skop projek BALB itu jelas Mahdzir, termasuk pembinaan satu unit tangki sedutan di Telang Usan berkapasiti 1.17 juta liter padu, satu unit rumah pam penggalak di Telang Usan dan satu unit kolam takungan di Anja berkapasiti 2.76 juta liter padu.

(Visited 504 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button