Hiburan

Kang Sora bakal berkahwin hujung bulan ini

BINTANG filem Korea Selatan, Kang Sora bakal menamatkan zaman bujangnya bersama dengan kekasihnya tidak lama lagi.

Lelaki yang bakal dikahwini Sora itu bukanlah individu dalam bidang seni dan pengumuman perkahwinan itu dibuat agensi Sora, Plum Actors.

Menurut kenyataan itu, perkahwinan Sora sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos tetapi telah dibatalkan kerana situasi Covid-19 yang semakin buruk.

BACA> Lagenda urban Sarawak ‘hantu Junet’ difilemkan

“Majlis itu akan digantikan dengan satu pertemuan kecil diantara pasangan dan keluarga terdekat mereka sahaja.

“Kita harap pihak wartawan dapat menghormati keputusan kedua-dua belah pihak yang inginkan maklumat lanjut berkenaan perkahwinan itu dirahsiakan,” katanya.

Jelasnya, walaupun bergelar isteri, Sora akan meneruskan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon.

BACA> Album pertama Ed Sheeran bakal dilelong, harga bermula RM54,000 

Kerjaya seni Sora pada tahun ini bergerak rancak selepas filem lakonannya yang berjudul Secret Zoo berjaya mencapai sejuta tontonan di pawagam.

Sora juga pada awal tahun lalu sudah memberi isyarat awal selepas memberitahu yang dia sudah bersedia untuk menempuh fasa baharu iaitu perkahwinan dalam kehidupannya. -SM

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button