fbpx
Hiburan

Album pertama Ed Sheeran bakal dilelong, harga bermula RM54,000

SEBAGAI seorang daripada penyanyi pop terkenal antarabangsa, sudah menjadi kebiasaan untuk Ed Sheeran menjual lebih daripada tujuh juta albumnya di seluruh dunia.

Namun, hanya ada seorang peminat yang cukup bertuah kerana dia mempunyai album pertama yang dibuat Sheeran ketika penyanyi itu berusia 13 tahun.

Album itu akan dilelong dengan harga bermula RM54,000.

Apa yang menarik mengenai album yang berjudul Spinning Man itu, hanya terdapat 20 salinan album itu dan 19 daripada ada di tangan Sheeran.


Ed Sheeran hanya memberi album itu kepada seorang sahaja keluarga rakannya ketika penyanyi itu tumpang tidur sewaktu menjadi seorang penyanyi jalanan (busker).

BACA> Ernie Zakri kini tunangan Syamel

Menurut abang kepada rakan Ed Sheeran itu, album tersebut ditemukan di dalam laci dan adiknya sendiri sudah lupa tentang album tersebut.

“Tiada siapa sangka yang dia akan menjadi begitu popular sekarang,” katanya.

Sementara itu, Sheeran yang kini sedang menantikan kelahiran anak pertamanya bersama isteri, Cherry Seaborn mengakui yang dia tidak mahu sesiapa memiliki album tersebut.

“Album itu adalah yang pertama saya hasilkan sendiri pada tahun 2004 dan merupakan sebuah lagu cinta.

“Ketika itu saya sudah putus cinta dan bermula daripada situ, banyak lagu cinta yang telah dihasilkan,” katanya.

BACA> Blackpink pilih berduet dengan Selena Gomez

Namun tambah Sheeran, 19 daripada album itu ada bersamanya dan dia tidak berniat untuk memberi album tersebut kepada sesiapa pun.

Sementara itu, wakil Omega Auctions, Paul Fairweather berkata, album tersebut bernilai tinggi kerana ia adalah satu sejarah kepada kejayaan seorang penyanyi pop terkenal antarabangsa -SM

Show More

Related Articles

Back to top button