Politik

UMNO, Pas, Bersatu: ‘Say no’ pada perpecahan – Annuar

UMNO, Pas dan Bersatu akan melakukan segala usaha untuk menyatukan ketiga-tiga parti tersebut.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa, kerjasama antara Pas dan UMNO dalam satu wadah tidak mudah pada awalnya begitu juga dengan penyatuan bersama Bersatu.

Katanya, dahulu ramai yang tidak mahu  melihat kerjasama antara Pas dan UMNO, namun kini ia menjadi satu realiti melalui Muafakat Nasional yang telah diterima oleh banyak pihak.

Justeru, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sebarang bentuk perpecahan antara UMNO, Pas dan Bersatu tidak seharusnya berlaku. Tambahan menurutnya, penyatuan antara umat Islam amat dituntut oleh agama.

“Untuk menjalin muafakat UMNO-Pas mengambil masa bertahun-tahun sebelum mencapai persetujuan. Peringkat awal ramai yang tolak kini satu realiti.

“Begitu juga Bersatu, baru beberapa hari,kita akan usahakan.Penyatuan adalah sebahagian dari tuntutan agama,ia juga wasiat perjuangan bangsa.Demi Malaysia yang majmuk  ‘say no’ pada perpecahan,” kata Annuar di Twitternya.

Sebelum ini  Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Majlis Tertinggi parti itu bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional.

“​Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendokong Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar atau ‘the grand coalition’.

“Insya-Allah, penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya dalam rakaman ucapan menerusi Facebook yang ditujukan kepada ahli Bersatu sempena persidangan Angkatan Muda Bersatu (Armada), Srikandi dan Bahagian Bersatu.

Muhyiddin percaya bahawa penyertaan dalam MN adalah pilihan terbaik untuk parti itu kerana berada dalam satu jemaah besar yang menghimpunkan parti-parti utama di negara ini.

Semalam Pas menyatakan pendirian menyokong penuh keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan UMNO dan Pas pada 14 September tahun lalu.

Malah, katanya, parti itu juga yakin gandingan UMNO, Pas dan Bersatu akan mewujudkan suatu gagasan besar ‘Melayu Raya’.-SM

(Visited 446 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button