Hiburan

Ernie Zakri kini jadi tunangan Syamel

Penyanyi lagu Ku Bersuara, Ernie Zakri sah menjadi tunangan kepada penyanyi, Syamel menerusi satu majlis yang berlangsung hari ini.

Pertunangan itu diumumkan sendiri oleh pasangan tersebut menerusi perkongsian beberapa keping gambar di laman Instagram masing-masing.

“Alhamdulillah.Terima kasih mendoakan yang baik baik untuk kami. Semoga dipermudah urusan hingga akhir hayat.

“Semoga perjalanan yang bermula dengan majlis pertunangan yang sederhana bersama kaum keluarga ini diredhai dan diberkati,” kata mereka berdua.

Pada 17 Julai lalu, Ernie sudah memberi bayangan yang dia bakal menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan apatah lagi dengan usianya yang kini sudah menginjak angka 29 tahun.

BACA> Doakan saya dan Syamel – Ernie Zakri

Namun, menurutnya, sasaran tersebut tidaklah secara khusus kerana buat masa ini dia lebih memikirkan untuk membina kehidupan yang stabil dahulu. -SM

(Visited 580 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button