AgamaHiburan

TV AlHijrah sambut ulang tahun ke-13 dengan tema ‘Satukan Ummah Dengan Ilmu’

TV AlHijrah adalah stesen televisyen di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri dan  melapor kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). TV AlHijrah memulakan siaran secara rasmi pada 1 Muharam 1432H bersamaan 7 Disember 2010. TV AlHijrah sentiasa berusaha untuk menghidangkan kandungan rancangan yang ‘trending’, terkini, relevan, membaja nurani, mendekatkan dan berkualiti.

Esok (1 Muharam 1445H) genaplah 13 tahun bersiaran di televisyen dan pelbagai platform digital, TV Al-Hijrah telah mengeluarkan sebuah buku yang diadaptasi daripada rancangan asalnya, Cinta Ilmu, Indahnya Hidup Beragama Dengan Ilmu.

Pengarah Eksekutifnya, Tuan Hj. Namanzee Harris berkata, ia diwujudkan bagi menghargai penonton TV Al-Hijrah menjadi rujukan yang relevan dan mampan bagi melahirkan umat Islam yang lebih berilmu dan berkualiti tinggi.

Buku-buku yang diadaptasi daripada rancangan-rancangan yang telah disiarkan secara terus selama 10 tahun itu menekankan topik akidah, akidah dan ibadah.

Tuan Hj. Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

“Pada satu ketika, kami merasakan industri buku, industri percetakan akan pupus, industri media semakin marak. Ia adalah pengajaran untuk industri media. Kita perlu meneruskan perjuangan kita. Kita perlu melihat inisiatif lain. Sebab kadang-kadang kita tak tahu. Trend teknologi akan berubah, tetapi tidak secara struktur.” kata Namanzee lagi.

Pencapaian terbaik TV AlHijrah boleh dinilai apabila stesen ini diiktiraf menjadi peneraju penyampaian nilai Islam menerusi tiga anugerah istimewa yang diterima pada tahun 2023.

TV AlHijrah menerima anugerah ‘Asia Excellence in Islamic & Multicultural Broadcasting’ di Jakarta, Indonesia. Anugerah itu disampaikan pada penganjuran Asia Achievement Excellence Award Winner 2023 anjuran Indonesia Award Magazine.

TV AlHijrah turut menerima anugerah Corporate Media Company of The Year- Malaysia di Majlis Anugerah The Middle East Prestige Awards 2022/23 anjuran The Corporate LiveWire, sebuah syarikat penerbitan yang bernaung di bawah Fenicemedia, Bermingham, UK. Anugerah ini diberikan atas peranan dan tanggungjawab TV AlHijrah sebagai penyiar kandungan Islam di peringkat global.

Pengiktirafan diberikan kepada TV AlHijrah di majlis Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia (MBBA2023) bagi kategori Program Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik. Pengiktirafan itu dianugerahkan kepada stesen TV AlHijrah di atas bantuan kemanusiaan dan program kemasyarakatan yang disumbangkan oleh stesen penyiar Islam itu kepada masyarakat di negara ini, menerusi jenama Hijrah Prihatin.

Sementara itu, TV Al-Hijrah turut mencatatkan pencapaian penonton iaitu peningkatan sebanyak 64% berbanding 2022. Malah menjadi pilihin pada musim Ramadan, 1,444 hijrah dengan peningkatan 140% berbanding tahun lalu.

Untuk tahun ini sahaja, TV Al-Hijrah telah diiktiraf sebagai pelopor penyebaran Islam melalui 3 Anugerah. Bukan itu sahaja, TV Al-Hijrah terus menjadi pemacu dalam memperkasakan ekonomi Ummah dalam membantu usahawan industri kecil dan sederhana.

Faraliza Musleh, Pengurus Penjenamaan TV AlHijrah

TV AlHijrah terus mengorak langkah menjadi stesen televisyen Islam yang menggerakkan potensi dan memperkasakan ekonomi ummah.

Stesen ini berterusan mengambil bahagian dalam membantu menaiktaraf masa depan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menguasai pasaran ekonomi domestik dan bersaing di peringkat antarabangsa. Usaha ini dilaksanakan menerusi Kempen BINCANG NIAGA PRIVILEGE yang akan dilancarkan pada 29 Julai 2023.

TV AlHijrah akan juga memperkayakan penawaran kandungan Islam dalam pelbagai format dan genre serta mempelbagaikan kaedah penyampaian rancangan secara berkesan. Justeru, tahun 2023 menyaksikan dua Program Modul Realiti impak tinggi akan dihidangkan buat penonton TV AlHijrah. Seperti beberpa program realiti yang telah dirancang untuk tahun ini Program Akademi Daie Muda YADIM dan Program Marhaban

En. Saifulizan Sidek, Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat

1 Muharram 1445 Hijrah merupakan tahun ke-13 TV Al-Hijrah meneruskan langkahnya sebagai stesen TV Malaysia dalam usahanya menawarkan kandungan dan rancangan yang trending, terkini dan relevan yang membawa perjuang lagi besar dari perjuangan ‘ratings’ program. Semoga TV Al-Hijrah terus maju jaya dalam dunia penyiaran. – SM 

Artikel berkaitan > Pelbagai program menarik di TV AlHijrah sempena Aidiladha kali ini

 

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button