AgamaHiburan

Pelbagai program menarik di TV AlHijrah sempena Aidiladha kali ini

SEMPENA dengan kehadiran Aidiladha kali ini, stesen televisyen TV AlHijrah, sebuah stesen televisyen utama di Malaysia yang meraikan hari kebesaran Islam terus mengekalkan tradisi untuk menyiarkan pelbagai program menarik.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, Kempen Aidiladha 1444H kali ini akan menaikkan slogan Jemputan Haji.

“TV AlHijrah istiqamah meneruskan agenda dakwahnya melalui beberapa program dirangka khas untuk mencetuskan rasa syukur jemaah atas takdir terpilih ke tanah suci, rasa pengharapan kepada undangan Allah kepada mereka yang belum berkesempatan menjadi tetamu-Nya dan mendorong keinginan penonton semua untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah apabila berkemampuan.” kata beliau lagi.

Pelbagai rancangan istimewa telah dirancang untuk kempen haji kali ini. Antaranya adalah seperti Program Cinta Ilmu Aidiladha melalui tiga segmen Islam, Iman dan Ihsan yang akan ke udara pada Isnin hingga Rabu, pukul 7.30 malam.

Manakala program bual bicara Labbaikallah pula dikekalkan bagi mengundang nostalgia mereka yang pernah menunaikan ibadah ini mahupun mereka yang baru menerima jemputan pada tahun ini agar dapat mengubat rindu terhadap Baitullah serta mengimbau detik indah ketika melakukan persediaan awal hinggalah Hari Tasyrik.

Mulai bersiaran setiap hari bermula 18 Jun hingga 2 Julai ini pada pukul 9 malam, program Labbaikallah kali ini akan mengundang barisan ustaz jemputan iaitu Ustaz Jafri, Ustaz Rozi, Ustaz Zarifi, Ustaz Zul Ramli, Ustaz Hanafiah, Ustazah Muzayyanah dan Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Fazrul sebagai pentadabbur serta qari Ustaz Tarmizi dan Tilmiz Fahmi.

Peristiwa Haji pula bakal disiarkan pada malam raya pukul 10.30 malam pula bertujuan mengajak penonton mengimbas kembali peristiwa-peristiwa di sebalik ibadah haji, untuk diekstrak iktibar darinya sebagai panduan kehidupan, diteruskan pada tahun ini atas permintaan penonton diharapkan dapat melorongkan masyarakat kepada hasil didikan ibadah ini iaitu hidup bersatu dalam harmoni.

Selain itu Kempen Haji tahun ini juga diimarahkan dengan program Siaran Langsung Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan 2023 yang telah bermula dari 11 Jun 2023 hingga 16 Jun 2023 ini di mana Pulau Pinang menjadi tuan rumah.

Program Munajat Arafah berdurasi dua jam yang akan disiarkan pada 28 Jun, pukul 12.30 tengah hari hingga 7.00 malam pula akan membawa penonton bermunajat kepada Allah dan memperingati kelebihan Hari Arafah.

Program-program menarik lain yang turut disusun khas adalah seperti Hijrah Berselawat Istimewa Aidiladha, Gema Haflah Istimewa Aidiladha, Program Barakah, program Rehlah Ibrahim dan Seikhlas Hati.

Dalam pada itu juga, TV AlHijrah turut juga membariskan beberapa program malar segar seperti Kapsul Ibadah Haji, Al-Haramain, Interaktif Haji, Ustaz Pilot, Tangisan Baitullah yang telah dimulakan siarannya sejak 22 Mei lalu. Selain itu, Sembang Haji yang membincangkan isu-isu haji dan menjawab persoalan serta tanda tanya dalam kalangan masyarakat juga diteruskan untuk terus menjadi rujukan para jemaah.

Rancangan-rancangan menarik Kempen Haji 1444H di TV AlHijrah turut boleh dinikmati menerusi aplikasi peranti pintar stesen ini, AlHijrah Plus dengan lebih 6,000 program ilmu pendidikan serta hiburan berlandaskan Islam yang dapat ditonton bila-bila masa dan di mana sahaja. – SM

Artikel berkaitan > TV AlHijrah lancar kempen Ramadan 1444H, Imarahkan Ramadan #EratkanJalinan2023

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button