Agama

Raja Perlis saksi sumbangan zakat Bank Islam

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan majlis penyerahan sumbangan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 berjumlah RM180,000 daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Muazzam Mohamed kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

Program yang diadakan di Masjid Al-Hakim Padang Malau, Beseri tersebut disekalikan dengan aktiviti ‘Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 13 bagi tahun 2021. Tambah istimewa ialah solat jumaat tersebut adalah yang terakhir di masjid tersebut yang akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan masjid baru yang dijangka akan siap dua tahun dari sekarang.

Turut dilaksanakan ialah ‘Majlis Penyampaian Sumbangan Pandemik Covid-19 Yayasan Pelindung Kesedaran Dan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPKPJM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diwakili oleh pengerusi YPKPJM, Datuk Tun Isham Safee kepada pihak MAIPs selain penyerahan bantuan agihan zakat MAIPs kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah masjid berkenaan dan juga promosi oleh Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perlis dan Rejimen 504 Askar Wataniah.

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button