Negeri

Raja Muda rasmi Program Ramadan Kita Perlis Bersama penghuni Teratak Rahmat

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Program Ramadan Kita Perlis Bersama Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Teratak Rahmat di Jalan Mata Ayer, petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) E-Idaman Sdn Bhd, Zaki Abdul Azid Daud dan Pengarah Urusan II HPA Industries Sdn Bhd, Fisal Ahmad Tajuddin.

Hqdir sama CEO MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor serta Pengasas Bersama dan Pengarah Pembangunan LC Wakaful Digital Sdn Bhd, Rizal Kamaruzzaman.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan penaja dan penghuni Teratak Rahmat.

Program ini merupakan anjuran E-Idaman Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), HPA Industries Sdn Bhd dan Persatuan Wartawan Perlis (PWP) yang bertujuan untuk meraikan dan menyantuni anak-anak yatim serta golongan yang kurang bernasib baik ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan E-Idaman kepada MAIPs yang berjumlah RM10,400 kepada akaun Teratak Rahmat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan kepada para penghuni Teratak Rahmat.

Sumbangan tersebut akan didebitkan kepada 52 orang penerima daripada Teratak Rahmat tersebut dengan jumlah RM200 berupa e-voucher ‘Go Barakah’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan kepada salah seorang penghuni Teratak Rahmat.

Baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan dari E-Idaman dan HPA Industries kepada 52 orang penerima berupa barang makanan dan kuih raya. – SM

(Visited 30 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button