Hiburan

Shreya Ghoshal Live In KL ditunda kerana masalah yang tidak dapat dielakkan!

PEMINAT kepada penyanyi playback tersohor India, Shreya Ghoshal meluahkan rasa kecewa apabila konsert yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember hadapan terpaksa ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Menerusi hantaran di media sosial rasmi penganjur Shreya Ghoshal Live In KL 2022, Shiraz Projects, tarikh baharu akan diumumkan kelak.

“Kami dengan rasa dukacitanya memaklumkan Shreya Ghoshal Live In KL di Plenary Hall, KLCC yang dijadualkan pada 10 Disember 2022 terpaksa ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak kerana masalah yang tidak dalam dielakkan.

“Makluman tarikh baharu akan diumumkan pada awal minggu hadapan.

“Kami memohon maaf atas perkara terbabit dan mengalu-alukan kedatangan kalian ke konsert Shreya pada tahun hadapan,” maklum Shiraz.


Di ruangan komen, ramai yang berkongsi rasa kecewa apabila tidak dapat mengubat kerinduan menyaksikan penyanyi bersuara buluh perindu itu.

“Tolonglah bagi tahu kami kenapa tunda?

“Janganlah clash dengan konsert AR Rahman pada Januari depan, atau kembalikan semula wang kami kerana tidak semua menetap di KL.

“Bagi tahu kami kenapa, sebab kami datang dari Kelantan. Kalaulah kurang sambutan, tukar saja ke tempat lebih kecil.

“Saya tahu sukar untuk menerimanya tapi pastinya kita akan menikmati persembahan luar biasa tahun hadapan. Bertabahlah Malaysia!

“Saya dah book hotel untuk konsert kali ini. Tolonglah reschedule secepat mungkin,” demikian luahan beberapa pengguna di media sosial.

Shreya Ghoshal membuat kemunculan pertama dalam nyanyian Bollywoodnya melalui filem drama romantik Bhansali, Devdas (2002) yang mana beliau telah menerima National Film Award untuk Penyanyi Playback WanitaTerbaik.

Selain nyanyian playback, beliau muncul sebagai juri di beberapa rancangan realiti televisyen. Penyanyi yang serba boleh ini mempunyai repertoire yang luas merangkumi beberapa genre termasuk pop, klasik, ghazal dan bhajan.

Beliau juga tampil lima kali dalam senarai Forbes dari 100 selebriti terkemuka dari India dan menjadi penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya di Muzium Madame Tussauds pada tahun 2017.

(Visited 65 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button