Hiburan

BLACKPINK Akan Muncul Dengan Konsert Jelajah Besar-Besaran Ogos 2022!

Kumpulan K-pop wanita popular, BLACKPINK kini sedang sibuk dalam siri konsert jelajah mereka yang dijadualkan akan berlangsung pada Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh agensi mereka YG Entertainment pada Rabu.

“BLACKPINK kini berada dalam fasa akhir rakaman album mereka.

“BLACKPINK akan mula merakamkan video muzik mereka pada bulan Julai ini dan akan membuat kemunculan semula dengan muzik video baharu pada Ogos nanti,” kata wakil agensi berkenaan.

Sementara itu, YG Entertainment turut memaklumkan, siri konsert jelajah BLACKPINK yang bakal diadakan nanti adalah inisiatif untuk meluaskan dan menghubungkan bintang K-pop ini bersama peminat mereka di seluruh dunia selepas pandemik.


Malah, BLACKPINK akan mengadakan konsert jelajah dunia berskala besar dalam sejarah kumpulan K-pop wanita Korea Selatan.

Untuk rekod, ini adalah kemunculan pertama BLACKPINK selepas mengeluarkan album studio mereka yang pertama iaitu, ”The Album”pada tahun 2020 bersama dengan lagu popular mereka How You Like That dan lagu kolaborasi istimewa kumpulan ini berjudul Ice Cream.

Jadi, adakah anda teruja dengan kemunculan BLACKPINK kali ini?

(Visited 68 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button