Hiburan

Terkesan anak kena buli siber, ibu Iman Troye tampil ‘back up’ anak

Seorang netizen telah melemparkan dakwaan mengenai tindakan penyanyi muda popular Iman Troye yang dikatakan telah merentas daerah untuk membeli makanan.

Bagaimanapun, penyanyi ibu berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya lantas menafikan dakwaan berkenaan.

“Sampai masa untuk kami lindung dia daripada buli siber dan fitnah. Untuk pengatahuan semua, kami tinggal di Bandar Tasik Puteri dan bandar paling dekat dalam jarak 10 kilometer ialah aeon Rawang.

“Di situ semua ada. Anak bongsu itu kalau nak makan, akan ke sana untuk beli, bungkus dan bawa balik rumah,” jelasnya.

Menurut ibu penyanyi itu lagi, setakat ini anaknya itu tidak pernah keluar daerah, kecuali hanya sekali iaitu ketika mengambil saman di Balai Polis Dang Wangi.

“Tolonglah, cukuplah fitnah dia hadap selama ni, jangan ingat kami tak baca semua fitnah tu, tapi selama ni tak berbaloi untuk layan.

“Jangan ingat sebab nama dia orang kenal, boleh buat fitnah sesuka hati. Dia masih ada family. @imantroye@ainfatihax @haziekacak @adibhamdii,” katanya.

Iman Troye sebelum ini menjadi antara selebriti yang pernah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 selepas didapati gagal memakai pelitup muka dalam satu majlis berbuka puasa pada 29 April lalu.

(Visited 656 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button