Hiburan

Netflix perkenal ‘harga rahmah’, hanya bayar RM28 sebulan

Bukan sahaja harga makanan murah menerusi menu rahmah malah netizen berpendapat Netflix juga sedang melakukan perkara sama.

Netflix yang merupakan perkhidmatan penstriman telah menurunkan harga kepada RM28 berbanding RM35 sebelum ini dengan pelan asas.

Dengan penurunan sebanyak RM7 itu, netizen menggelarkan ‘Netflix harga rahmah’ dan ia mula berkuat kuasa sejak semalam (21 Januari 2023).

Lebih menarik, pelan tersebut kini dinaik taraf dan menyokong tontonan HD 720p dengan menonton melalui telefon pintar, tablet, komputer dan juga TV malah sokongan muat turun diberikan bersama dengan akses kepada pormua.

Jika ada yang ingin menonton lebih murah boleh dapatkan harga pelan Mudah Alih serendah RM17 yang menyediakan resolusi tontonan SD 48p melalui telefon atau tablet sahaja.

Namun buat pengguna yang berkongsi akaun menerusi pelan Standard atau Premium, tiada sebarang perubahan malah masih kekal harga RM45 dan RM55 bagi Premium.

Tawaran itu disifatkan menguntungkan pelanggan di Malaysia memandangkan Netflix sebelum ini telah menaikkan caj langganan mereka di negara luar termasuk Amerika Syarikat.

(Visited 968 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button