Hiburan

Kamal Adli melutut melamar Uqasha Senrose di atas pentas

GOSIP percintaan antara pasangan pelakon, Kamal Adli dan Uqasha nampaknya terjawab selepas satu kejutan dilakukan pada malam ini.

Tanpa disangka, Kamal yang menjadi penyampai anugerah bersama dengan Uqasha telah melutut untuk melamar wanita itu sebagai isterinya.

“Saya nak tanya awak, sudi tak jadi isteri saya? Nampak macam berlakon, tapi tidak.

“Sudi tak awak menjadi calon isteri saya,” tanya Kamal kepada Uqasha dalam program Anugerah Meletop sebentar tadi.

Uqasha juga kelihatan terkejut dan tidak menyangka yang dirinya akan dilamar di atas pentas dan di hadapan rakan-rakan artis yang lain sebelum menyatakan kata setuju.

Gosip percintaan antara Kamal dan Uqasha sebelum ini sudah tersebar lama selepas gambar mesra mereka sering dipaparkan di media sosial.

Malah, pada Oktober lalu, pengarah dan pelakon, Micheal Ang sempat membocorkan rahsia pasangan itu menghadiri kursus perkahwinan.

Kamal dan Uqasha dikatakan mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang pada tahun lalu.

Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga.

Pada majlis sambutan hari jadi Uqasha yang ke-28 lalu, Kamal menjadi antara tetamu yang memeriahkan majlis. -SM

(Visited 1,081 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button