Nasional

Mengapa HAWANA disambut pada 29 Mei? Ini sejarah yang perlu diketahui

Demi menghargai usaha dan dedikasi para wartawan serta pengamal media, Hari Wartawan Nasional atau HAWANA akan disambut pada setiap 29 Mei.

Tarikh 29 Mei diwartakan secara rasmi dan dipilih bersempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu dalam tulisan jawi pada 29 Mei 1939.

Kelebihan HAWANA

Menerusi HAWANA, penganjur bukan sahaja berpeluang mendedahkan profesion pengamal media kepada umum serta menjadi platform pengamal media untuk berkongsi pendapat.

Malah acara ini secara strategiknya telah mempromosi serta memperkenalkan bandar-bandar utama Malaysia yang dipilih menjadi lokasi penganjuran HAWANA.

Selain dijadikan acara tahunan atau hari penting kalendar utama di Malaysia, HAWANA mampu meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan industri media Malaysia.

Hal ini demikian kerana HAWANA turut mempromosikan warisan, budaya dan keunikan negara serta mempromosi produk dan perkhidmatan kerajaan.

Tambahan pula, Kerajaan dan rakyat memang memerlukan maklumat dan sumber yang disalurkan media mengenai segala perkara yang berlaku di dalam dan luar negara.

Jatuh Bangun HAWANA

Dengan tema ‘Membela Bangsa, Membina Nasional’, penganjuran HAWANA kali pertama di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) Kuala Lumpur.

Ia diadakan pada 11 April 2018 dan buat julung kalinya, seramai 1,000 pengamal media dari seluruh tanah air berhimpun dalam acara berkenaan.

Disebabkan Malaysia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, HAWANA tidak dapat dianjurkan pada 2020 dan 2021.

Mengakhiri episod duka, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KOMM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan BERNAMA tampil menganjurkan HAWANA 2022.

Selain turut dijayakan Malaysian Press Institute bagi program forum yang diadakan, HAWANA 2022 menyaksikan penglibatan 20 orang delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) Indonesia.

Pada majlis itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri menyarankan penubuhan sebuah Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia bagi mendukung standard dan menaikkan tahap profesionalisme kewartawanan.

Kemuncak HAWANA 2022

Kemuncak HAWANA 2022 ialah Deklarasi Melaka 2022 yang berisikan 5 pernyataan sikap.

1. Kewartawanan dipelihara dan diiktiraf sebagai institusi negara
2. Menghormati hak wartawan menjalankan tugas
3. Menjunjung perlembagaan dan prinsip Rukun Negara
4. Kewartawanan memartabat integriti
5. Memerangi berita palsu.

Dalam acara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah HAWANA 2022.

HAWANA 2023 Di Perak

Bagi edisi tahun ini, HAWANA 2023 tampil dengan tema ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ dan acara tersebut akan berlangsung pada pada 27 hingga 29 Mei di Casuarina@Meru, Ipoh, Perak.

Berdasarkan maklumat awal, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan merasmikan HAWANA 2023 pada 28 Mei 2023.

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button