BanjirNasional

Petrol dan diesel dijamin cukup di kawasan banjir

BEKALAN petrol dan diesel tidak terjejas di kawasan yang dilanda banjir. Itu jaminan diberi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Tuan Azman Adam berkata, jaminan itu diberi berdasarkan mesyuarat yang dipengerusikan beliau dengan syarikat-syarikat pembekal petrol dan diesel (OILCO) semalam.

“Setelah berbincang langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan bekalan petrol dan diesel tidak terjejas di kawasan yang dilanda banjir KPDNHEP juga bersetuju untuk memberikan bantuan pengiring kepada lori-lori OILCO yang menghantar bekalan minyak ke kawasan bencana terutama dalam memastikan ia tidak terhalang dengan kesesakan lalu lintas atau lain-lain halangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, stesen-stesen minyak yang tergendala operasi atau terpaksa ditutup akibat banjir atau lain-lain bencana perlu membuat laporan segera kepada Bahagian Penguat Kuasa, KPDNHEP Negeri.

“Dalam persetujuan mesyuarat tersebut juga, syarikat minyak diminta melaporkan situasi semasa sebelum pukul 10 malam bermula hari ini dengan menyatakan butiran seperti berikut:

a. nama dan tempat stesen minyak
b. tempoh masa penutupan
c. tempoh jangkaan beroperasi semula
d. lain-lain masalah berkaitan bekalan di stesen petrol yang berada di kawasan bencana
e. jika tiada stesen petrol ditutup, mohon maklumkan semua stesen minyak beroperasi seperti biasa.

“Kementerian juga telah mengarahkan semua OILCO supaya memastikan tidak berlaku sebarang gangguan bekalan petrol dan diesel dan membuat langkah-langkah persediaan bagi memastikan penghantaran bekalan petrol dan diesel dapat dilaksanakan dengan cepat ke kawasan yang terjejas,” jelas beliau.

Tambah beliau, kementerian juga telah meminta OILCO yang memiliki ROVR atau Stesen Petrol Bergerak untuk digunakan aparatus dan perkhidmatan tersebut di kawasan-kawasan di mana semua stesen petrol terpaksa ditutup. – SM

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button