Nasional

Annuar Musa ambil tindakan undang-undang terhadap penfitnah tuduhan jual Menara KL

Tan Sri Annuar Musa bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga orang yang dikatakan telah memfitnahnya berhubung isu penjualan Menara Kuala Lumpur.

Annuar, yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata komen ketiga-tiga mereka di media sosial telah menjejaskan imej dan reputasinya serta meninggalkan kesan negatif kepada beberapa pihak termasuk dirinya.

“Selepas merujuk perkara itu dan menelitinya dengan peguam, saya tiada pilihan selain mengarahkan peguam saya mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga orang iaitu Adrian Lim Chee En, K Pragalath Kumar dan Mohd Razlan Rafii.

“Ada juga beberapa yang membuat siaran tanpa nama. Wakil sah saya akan cuba mengenal pasti mereka.

“Saya serahkan kepada peguam saya untuk mengambil tindakan yang perlu selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam catatan media sosial hari ini.


Beliau berkata terdapat beberapa siri kenyataan mengelirukan yang dikeluarkan sejak penjualan Menara KL oleh anak syarikat Telekom Malaysia ™, Menara KL Sdn Bhd (MKLSB), menjadi isu.

“Setiap perkara yang dibangkitkan terutama yang melibatkan kepentingan negara dan awam perlu disiasat secara menyeluruh oleh pihak yang berkuasa.

“Setiap pihak perlu menghulurkan kerjasama dan tidak mengganggu siasatan dengan menyebarkan berita bohong dan palsu,” katanya.

Media sosial baru-baru ini heboh dengan penjualan konsesi Menara KL, yang didakwa beberapa pihak dilakukan secara tidak telus.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya memanggil tiga saksi bagi membantu siasatan.

SPRM juga telah mendapatkan beberapa dokumen berkaitan untuk membantu siasatannya.

TM sejak itu menegaskan bahawa penjualan itu dilakukan di atas papan.

 

(Visited 81 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button