Nasional

Pencemaran air: Lelaki jual bahan buangan berjadual ditahan

POLIS Selangor menahan seorang lagi lelaki susulan kes pencemaran air di Taman Velox, Rawang Selangor pada semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang.

“Siasatan awal mendapati suspek ini telah menjual sisa sisa bahan buangan berjadual yang dijumpai di Taman Velox kepada seorang daripada tangkapan pertama.

“Suspek kini telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor dipercayai berpunca dari kawasan Industri Kecil dan Sederhana di Taman Velox Rawang.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang dipetik berkata, pencemaran itu menyebabkan air loji rawatan kumbahan IWK GBK 225 di Taman Velox bertukar kepada warna merah dan mengeluarkan bau seakan-akan bawang busuk.

Pencemaran itu mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang, semalam.

Susulan itu, polis telah menahan empat individu termasuk seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai ada kaitan dengan kejadian terbaharu pencemaran Sungai Selangor. -SM

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button