MahkamahNasionalNegeri

Kakitangan sekolah direman bantu kes tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000

SEORANG kakitangan sekolah di Johor Bahru direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, dua tahun lalu.

Perintah itu dikeluarkan Majistret R Salini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Suspek berusia 40 tahun direman hingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, SPRM dalam kenyataannya memaklumkan, penahanan lelaki terbabit oleh SPRM cawangan Batu Pahat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dia ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru pada pukul 5 petang ketika hadir bagi memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek disyaki menyediakan dokumen palsu atas nama sebuah syarikat bagi menuntut bayaran berkaitan kerja pembekalan cetakan modul bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kegunaan pelajar kepada sekolah tempatnya berkhidmat sedangkan kerja pembekalan itu tidak dilaksanakan.

Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias mengesahkan penahanan yang dibuat itu dan menjelaskan siasatan lanjut sedang dijalankan. – HARIAN METRO – SM

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button