Alam SekitarNasional

Kajang termasuk Lembah Klang antara lokasi terima amaran cuaca buruk pagi ini

AWAL pagi tadi hujan lebat di Kajang, Selangor dan pastinya beberapa kawasan lain sekitar Lembah Klang turut merasakan kesejukan ekoran hujan turun awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah pun mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat akan berlaku di beberapa kawasan melibatkan tujuh negeri sehingga pukul 9.00 pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook akaunnya memaklumkan bahawa cuaca buruk itu berlaku di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Selangor melibatkan Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sementara Kuala Lumpur turut mengalami amaran sama.

“Pahang pula membabitkan dua kawasan iaitu Bentong dan Bera manakala Johor melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang,” menurut agensi itu.

Katanya, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka turut menerima amaran sama.

“Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – SM

(Visited 495 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button