Nasional

Tiada lagi pas tanpa had My100, My50

SELEPAS pelancaran pas tanpa had My30 pengangkutan awam Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), tawaran My100 dan My50 sebelum ini dimansuhkan sementara.

Semua pengguna yang melanggan My100 dan My50 sebelum ini boleh beralih kepada My30 apabila pas mereka tersebut tamat tempoh.

Bagaimanapun, mereka tidak boleh beralih sekiranya pas masih lagi berbaki dan perlu tunggu sehingga tamat 30 hari.

“Jadi untuk mereka yang telah membeli My100 dan My50, mereka perlu habiskan tempoh itu terdahulu.

“Katakanlah ada lagi baki selama 28 hari, maka selepas tamat tempoh itu baharulah mereka layak untuk membeli pas My30.”

BACA > Agong santai makan roti tempayan di gerai — Suara Merdeka

Demikian penjelasan Ketua Pegawai Operasi Prasarana Prasarana, Muhammad Nizam Alias, dalam sidang akhbar.

Turut hadir Pengerusi, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Rail, Abdul Hadi Amran dan CEO Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yassin.

Hari ini, Prasarana melancarkan program khas kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) pada 5 Jun lalu.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi bagi memastikan ekonomi negara dapat dioperasikan semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Tambah Muhammad Nizam, apabila My30 diumum dilaksanakan bagi tempoh selama enam bulan iaitu 31 sehingga Disember 2020 pas tanpa had My100 dan My50 tidak lagi dijual.

BACA > Saifudin perlu jelaskan rasional pelantikan Eric Paulsen — Suara Merdeka

“Dalam tempoh enam bulan ini memang tiada pas My100 dan My50 kerana My30 adalah lebih murah.

“Menang tiada siapa akan beli pas My100 dan My50. Jadi, pengguna perlu habiskan dahulu tempoh pas tersebut, kemudian baharulah dapatkan My30 pula,” jelasnya.

Terdahulu, Prasarana melancarkan pas tanpa had My30 di Kuala Lumpur (KL) Sentral.

Dalam pelancaran tersebut, Tajuddin turut mendaftar di kaunter urusan Rapid KL bagi mendapatkan pas tanpa had My30.

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan pas tanpa had itu bermula hari ini di kesemua 122 stesen Aliran Transit Ringan (LRT), Aliran Transit Massa (MRT) dan Monorel.

Selain itu, pas itu juga boleh dibeli di stesen Bas Rapid Transit (BRT) serta lima hub bas Rapid KL  iaitu di Pasar Seni, Seksyen 2 Shah Alam, Sri Nilam, Greenwood dan Terminal Kajang.

BACA > Pas tanpa had My30 dilancar hari ini — Suara Merdeka

Orang ramai hanya perlu membawa MyKad dan MyTentera yang tertera dengan kemudahan TouchNGo bagi mendapatkan pas tanpa had My30. – SM

(Visited 458 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button