NasionalPolitik

Rang Undang-Undang larang lompat parti dibentang bulan depan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon diminta memanggil mesyuarat khas Parlimen minggu pertama bulan depan bagi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti

Perkara itu telah diputuskan oleh jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata , langkah itu bagi membentang RUU Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti (Pindaan) (No 3) 2022, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Mesyuarat jawatankuasa bilangan enam 2022 sudah bersetuju dan memuktamadkan draf RUU Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti (Pindaan) (No. 3) 2022 untuk dibentangkan serta dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

“Dalam hal ini, lima persoalan dasar dibangkitkan Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 1 Jun lalu dan sudah diulas serta dijawab oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, dalam mesyuarat semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau,  maklum balas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan perkara ini akan dibawa semula sebagai suatu Nota Jemaah Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

Wan Junaidi yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), turut memaklumkan mesyuarat terakhir akan diadakan dalam masa terdekat untuk mengesahkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas.

Katanya, jawatankuasa itu sebulat suara bersetuju meminta dan mencadangkan kepada Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk diadakan Mesyuarat Khas Parlimen pada minggu pertama bulan Julai 2022.

“Secara umumnya, Jawatankuasa Pilihan Khas ini sudah berjaya melaksanakan terma rujukan sebagaimana usul yang diluluskan pada 11 April lalu.

“Pencapaian ini hasil komitmen bersama semua ahli jawatankuasa dengan sokongan padu Parlimen,” katanya.

Mesyuarat Kabinet sebelum Ini membangkitkan dua perkara untuk diperinci dan diteliti semula dalam draf RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Selain isu berkenaan, Wan Junaidi berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat sama turut tidak membantah draf dicadang Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menimbang RUU berkenaan. – SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button