Nasional

ITEX 2022: UTeM rangkul tujuh pingat emas, tiga perak

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 8 Jun – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melakar satu lagi kejayaan apabila berjaya
merangkul tujuh pingat emas dan tiga perak di 33rd International Invention, Innovation & Technology
Exhibition (ITEX 2022) di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr. Massila Kamalrudin berkata, pencapaian itu amat membanggakan apabila
UTeM mencapai kemenangan bergaya apabila semua produk inovasi hasil kumpulan penyelidik merangkul 10
pingat pada ITEX 2022.

Menurutnya, UTeM menetapkan penyertaan dalam pameran tersebut menampilkan produk inovasi yang memberikan
impak langsung kepada industri dan masyarakat serta komuniti dunia.

“UTeM mengetengahkan produk yang dapat melonjakkan keupayaan penyelidikan berimpak tinggi di samping
memberikan penyelesaian kepada permasalahan semasa di peringkat industri dan komuniti dunia.

“Ucapan tahniah kepada semua penyelidik atas pencapaian tersebut melalui pengiktirafan ini ia akan terus
menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi serta memartabatkan nama UTeM di persada kebangsaan dan
antarabangsa,” katanya.

Tujuh pingat emas yang dimenangi adalah menerusi produk Dynamic Roll Instability Warning Device For
Commercial Vehicles diketuai penyelidik Ir. Ts Dr. Mohamad Hafiz Harun; Bio-Dur Packaging diketuai
penyelidik Dr. Ridhwan Jumaidin; Labah Air diketuai penyelidik Ts Mohd. Idain Fahmy Rosley dan Rullzz
Precision Cutter diketuai penyelidik Ts Dr. Syahrul Azwan Sundi @ Suandi.

Turut meraih emas ialah produk Cone Wedge Mechanism Based Electronic Mechanical Brake diketuai penyelidik
Ts Dr. Fauzi Ahmad; Smart Recycle Trash Bin System diketuai penyelidik Ir. Ts Dr. Anuar Mohamed Kassim dan
Smart Moine Aeration System diketuai penyelidik Dr. Mohamad Faizal Baharom.

Sementara itu, pingat perak menerusi produk Remote Laboratory System For Online Learning, Ar-Ecoprenuer:
Ultra Vires dan Multi-Language Document Reader (Mldr) For Visual Impairment People.

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button