Nasional

Malaysia beri sokongan kepada Laos sebagai Pengerusi Asean tahun depan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan sokongan padunya kepada rakan sejawatannya dari Laos Dr Sonexay Simphandone sebagai negara Pengerusi Asean, tahun depan.

Anwar, dalam lawatan rasmi dua hari ke Laos, berkata perdana menteri Laos juga boleh bergantung kepada hubungan antara kedua-dua negara untuk mengukuhkan lagi kedudukan Asean di rantau ini.

“Anda juga boleh mengharapkan pasukan kami sebagai sebahagian daripada pasukan anda untuk bekerjasama dalam semua bidang dan sebagai langkah untuk mengukuhkan lagi Asean sebagai kuasa di rantau ini.

“Ini termasuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan, serta mengekalkan kedudukannya (Asean) sebagai zon keamanan dan berkecuali dalam kemuncak ketidaktentuan geopolitik ini,” katanya.

Sidang media bersama itu, yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasmi Anwar, diadakan selepas kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat dua hala dan menyaksikan majlis menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dan persefahaman di Pejabat Perdana Menteri Laos di Viantenne.

-Gambar Bernama-

Antara MoC yang ditandatangani termasuk Keretapi Tanah Api Melayu (KTMB) dan Lao National Railway State Enterprise (LNRSE) serta Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB) dan Thanaleng Dry Port (TDP).

Kedua-dua pemimpin itu turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Electrcity du Lao (EDL).

Susulan itu, tambah Anwar, kerjasama antara MPSB dan TDP akan memberi manfaat kepada kedua-dua daerah dari segi pengurusan pelabuhan.

“Penubuhan MPSB adalah sangat penting kepada kami dan adalah penting bagi kami bahawa TDP bekerjasama dengan kami dari segi pengurusan kerana kemudahannya sangat besar. Ini termasuk kerjasama antara KTMB dan LNRSE.

“Bersama-sama, kita akan bekerja dan saya pasti kita akan mendapat kerjasama penuh dengan kerajaan baharu Thailand untuk memastikan (kerjasama) ini dapat dilakukan untuk manfaat bukan sahaja Malaysia tetapi juga Laos dan Thailand.”

Sementara itu, mengenai Asean, Anwar berkata beliau mempercayai kebijaksanaan Simphandone untuk memastikan kedua-dua negara berhadapan dengan keadaan yang lebih tidak menentu dan mencari penyelesaian secara baik kepada konflik berpanjangan yang turut menjejaskan keselamatan kebajikan ekonomi kedua-dua negara. -SM

Baca juga : Kerajaan akan perkenal dua pelan hala tuju tenaga mapan; PM Anwar

 

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button