Nasional

PKP lebih ketat di Selangor jika tidak upaya atasi peningkatan kes Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia akan meminta kerajaan supaya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor jika gagal mengekang peningkatan kes Covid-19.

Perkara itu ditegaskan Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berikutan kes peningkatan Covid-19 yang kini mencecah empat angka setiap hari.

“Pelaksanaan PKP yang lebih ketat perlu dipertimbangkan jika usaha untuk mengekang peningkatan kes Covid-19 tidak dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar Perkembangan Program Imunsasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Turut serta ialah Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin

Menurut Adham, sebelum ini kita sudah buat PKP di enam daerah pada mulanya sebelum disusuli dengan pelaksanaan sama di seluruh negara.

“Dengan adanya PKP, lebih banyak ujian dan awatan kepada eks-kes positif serta kerjasma kerajaan negeri untuk membuat ujian RTK-Antigen dapat dilaksanakan.

“Ia juga akan membuatkan kita dapat membuat carian, pengesanan kontak dan usaha untuk pencegahan dapat dilakukan dengan cepat,” katanya. -SM

(Visited 435 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button