Nasional

Pasang umpan cari buaya baham manusia

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita yang dibaham buaya pada Rabu lalu di Sungai Kampung Banang, Sugut, Sarawak diteruskan dengan memasang pancing untuk mengumpan buaya tersebut.

Selain umpan, operasi mencari mangsa juga sedang giat dijalankan oleh pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah telah memasang pancing bagi memburu buaya yang membaham mangsa.

“Pasukan operasi mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 5 anggota polis, 4 anggota bomba dan 8 anggota pertahanan awam mengguna dua buah bot bagi melakukan pencari mangsa,” katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

BACA> Wanita warga emas mandi di sungai, hilang dibaham buaya

Menurutnya, operasi mencari menyusuri sungai sejauh dua kilometer ke arah hulu dan dua kilometer ke arah hilir sungai daripada tempat kejadian.

“Operasi hari kedua yang dijalankan sehingga pukul 5.30 petang, masih gagal menemukan mangsa,” katanya.

Operasi mencari juga turut disertai oleh penduduk kampung berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar Sandakan Hussein Muin memberitahu, empat anggota Jabatan Hidupan Liar telah memasang pancing berkenaan jam 3 petang.

BACA> Stadium bola sepak di Brazil jadi panggung wayang pandu lalu

Dalam kejadian lebih kurang pukul 6 petang Rabu lepas, mangsa, Paradot Kanon ,62, telah disambar buaya ketik mandi di sungai terbabit.

Kejadian yang terletak hanya 200 meter dari rumah mangsa telah saksikan oleh anak perempuannya, Noraliana Nunun. -SM

(Visited 662 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button