Nasionalpilihan

STAR Team bakal tampilkan kehebatan pada Program Setahun Kerajaan MADANI

KEHEBATAN dan ketangkasan pegawai dan anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal dipertontonkan kepada umum dalam segmen demonstrasi pengendalian senjata di reruai Kementerian Dalam Negeri (KDN) sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Disember ini.

Selain demonstrasi, Maritim Malaysia juga akan menyajikan kepada para pengunjung model Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1). OPV1 adalah sebuah kapal generasi terbaharu keluaran syarikat tempatan yang mula dibina pada tahun 2017, kemudiannya  ia telah dapat disiapkan sepenuhnya di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

Baru-baru ini kapal tersebut telah berjaya melalui ujian pertama menerusi pelayaran sulung bersama aset-aset Maritim Malaysia yang lain di perairan Selat Melaka sempena Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023.

Selain model OPV1, Maritim Malaysia turut mempamerkan model aset lain seperti kapal peronda generasi baharu (NGPC) dan bot perkasa sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu.

Bukan sahaja model kapal, pengunjung reruai KDN Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI akan berpeluang melihat secara lebih dekat pakaian juruterbang serta STAR Team Maritim Malaysia.  Pakaian yang dipertontonkan kepada umum ini bukan hanya simbol identiti, tetapi juga mencerminkan profesionalisme tinggi pasukan Maritim Malaysia.

Bagi mereka yang berminat dalam kerjaya penguat kuasa, pihak Maritim Malaysia turut menyediakan penerangan khas mengenai keperluan, tanggungjawab dan prospek pekerjaan di dalam agensi ini.

Justeru Maritim Malaysia menjemput semua lapisan masyarakat ke perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dari 8 hingga 10 Disember 2023 bagi melihat sendiri kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam menjaga Zon Maritim Malaysia. – SM

Artikel berkaitan > Maritim Malaysia rakam ucapan tahniah setahun Kerajaan MADANI

(Visited 91 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button