fbpx
Nasional

Mesej sekolah buka tahun depan palsu – NUTP

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) belum menentukan tarikh khusus untuk buka kembali sekolah ketika negara masih lagi berhadapan dengan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, kenyataan Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin, semalam disalah erti ramai pihak sehingga tular mesej dalam aplikasi Whatsapp mengatakan sesi persekolahan akan mula pada tahun hadapan.

[BACA] Teruskanlah beri tumpuan pada pelajaran dalam tempoh PKP dan Ramadan – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

Terutama bagi, pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Mesej berkenaan memaklumkan, pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan umum akan mula bersekolah pada tahun 2021.

Namun kenyataan itu disangkal Presiden Kesatuan Kebangsaan Profesyen Perguruan (NUTP), Aminuddin Awang, yang menjelaskan berita tersebut adalah tidak benar.


Menurutnya, KPM sudahpun menyatakan pembukaan sekolah adalah bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

AMINUDDIN AWANG

“Berita itu tidak benar, KPM sendiri pun tidak boleh memutuskan tarikh bila sekolah akan dibuka semula.

“Garis panduan yang diberi adalah, keutamaan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas untuk kembali ke sekolah dahulu sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Tambahnya, KPM turut memaklumkan pembukaan sekolah akan diumum dua minggu lebih awal.

[BACA] Medan ujikaji pelajar duduki SPM sahaja? — Suara Merdeka
[BACA] UPSR, PT3 dibatalkan — Suara Merdeka

Dalam pada itu, Aminuddin berharap ibu bapa dapat membantu anak mereka dalam memastikan pembelajaran dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Katanya, KPM sedia maklum berkenaan dengan kekangan dan masalah bagi pelaksanaan pembelajaran di rumah termasuk akses kepada internet.

“Harap ibu bapa beri kerjasama dalam kemampuan mereka supaya anak-anak tidak tercicir dalam pelajaran walaupun tidak hadir ke sekolah dalam tempoh PKP,” ujarnya.

Tambah Aminuddin lagi, tidak dinafikan kemungkinan berlaku keciciran bagi pelajar yang tinggal dalam kawasan pedalaman seperti anak-anak orang Asli dan sebagainya.

SEKOLAH
MOHD. RADZI MD. JIDIN

“Hanya guru yang mengajar di kawasan pedalaman sahaja yang tahu bagaimana keadaan pembelajaran disana.

“Justeru Guru diberi kelonggaran berdasarkan kreativiti masing-masing dalam memastikan penyampaian dapat dilaksanakan kepada murid dipedalaman.

[BACA] 13 pusat akademi penjara menjadi pusat tahanan pesalah PKP — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Peningkatan kes merupakan kejayaan mengesan, bukan kegagalan — Suara Merdeka

“Kalau tiada akses internet mungkin menggunakan panggilan telefon dan panduan buku teks. Apa pun, ibu bapa diharapkan dapat membantu,” tuturnya. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button