Hiburan

Lagu ‘Untukmu’ diberi nafas baru

Lagu Untukmu yang pernah mencetuskan fenomena pada era 1990-an dinyanyikan oleh kumpulan Feminin kini diberi nafas baru versi 2023 dan dinyanyikan semula oleh 4 penyanyi perempuan yang masih releven dalam Industri.

Lagu untukmu diberi nafas baru

Lagu Untukmu versi 2023 diciptakan khas untuk drama Gadis Muzikal dinyanyikan oleh Aisha Retno, Fiza Thomas, Khodi, Serene Claire, dan Tika Nasir, atau dikenali sebagai ‘Angelz’.

Artikle Berkaitan:>

 

Antara penyanyi yang terlibat dalam lagu ini juga berperanan sebagai pelakon dalam drama yang sama.

Selain itu, lagu ini telah mendapat sentuhan istimewa daripada penerbit yang hebat seperti Mas Dewangga dan Jova Devito.

Mereka telah menghasilkan susunan dan nafas lagu ‘Untukmu (Versi 2023)’ agar lagu ini dapat memenuhi selera pendengar moden, menjadikannya lebih relevan untuk semua peringkat umur.

Lagu ‘Untukmu (Versi 2023)’ ini telah dipilih sebagai runut bunyi rasmi untuk drama Gadis Muzikal yang ditayangkan mulai 17 Ogos 2023 pada Khamis sehingga Sabtu, 9 malam di strim eksklusif HD Tonton.

Drama ini mengisahkan kisah lima gadis dengan latar belakang yang berbeza, yang bersaing di dalam pertandingan realiti TV untuk membentuk sebuah trio yang dikenali sebagai kumpulan ‘Angelz.’

Drama ini dijangka akan memukau penonton dengan penggabungan elemen muzik dan naratif yang menyentuh hati.

Lagu ini antara kolaborasi antara tiga syarikat terkemuka iaitu Alternate Records Sdn Bhd, Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd, dan Zeel Production Sdn Bhd.

Artikle Berkaitan:>

“Wahh.. sudahlah cantik, merdu pula tu,” – Dr Soo Wincci tampil dengan lagu raya

Penulis lirik lagu Dolla dari Sweden!

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button