Hiburan

Dolla angkat martabat wanita menerusi lagu Berani

Kehadiran ‘band girl’ Dolla semakin diterima baik dan mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan.

Dari single pertama mereka, Dolla Make You Wanna kumpulan dianggotai empat wanita ini berjayamencipta fenomena.Bakat dan keunikan yang dimiliki Dolla sekali gus menepis tanggapan segelintir pihak yang melihat kemunculan mereka ini hanya sekadar ‘menjual’ rupa dan penampilan semata-mata.

Namun, siapa sangka sangkaan itu meleset berdasarkan beberapa pencapaian yang diraih menerusi beberpa single yang dilancarkan selepas itu.

Tidak mahu membiarkan peminat ternanti-nanti apa lagi kelainan yang bakal ditampilkan, Dolla yang dianggotai Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo); Tabitha Ariel Lam (Tabby); Angelina Chai Ka Ying (Angel); dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Berani.

Sabronzo, 26, yang mewakili Dolla berkata, lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh John Jeevesdan Firdaus Rahmatitu sedikit berbeza daripada kebanyalan single mereka sebelum ini.

“Dari ‘teaser’yang Dolla sudahmuat naik di Instagram, boleh dengar yang instrumental lagu ini memang lain. Malah, ‘vibe’ dan genre juga lain daripada lagu yang Dolla buat sebelum ini. Dalam erti kata lain, kali ini kita buat ia perlahan sedikit.

“Mungkin peminat Dolla akan tertanya-tanya kenapa single kaliini berbeza dari segi susunan muzik. Bagi saya, Dolla juga nak tunjukkan sisi lain yang selama ini ramai tidak tahu terutamanya dalam muzik ini. Paling penting, kami mahu buktikan Dolla juga versatil sebagai grup M-Pop,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai single Berani itu, Dolla pernah muncul menerusi telefilem yang mengisahkan kehidupan mereka iaitu Dolla Watch Me Glow berkata, lagu Berani mengisahkan mengenai pemerkasaan wanita melalui sistem sokongan.

“Lagu Berani ini ditujukan kepada wanita dan mahu mengangkat martabat wanita itu menerusi semangat juang dengan bangkit melawan penindasan dan ketakutan. Pada zaman ini, seseorang wanita sudah perlu keluar dari segala ketakutan dengan menggantikannya dengan berani dan menunjukkan kepada dunia bahawa dia tidak takut, dia berani dan berdikari. Wanita perlu berani.

“Jadi, jelas tema yang ingin disampaikan dan diketengahkan menerusi lagu ini adalah semangat dan membangkitkan keberanian dalam diri wanita. Bukan apa, hari ini masih ramai wanita yang takut untuk berubah kerana berasakan diri mereka lemah. Disebabkan itu, wanita perlu sentiasa ada sokongan yang kuat dari orang sekeliling,” katanya.

Bagi Sabronzo juga, tema yang diketengahkan dalam lagu BERANI itu ditujukan khas buat peminat setia mereka yang sudah banyak memberikan sokongan dari awal kemunculan Dolla.

“Jadi apa yang membuatkan lagu ini istimewa adalah Dolla menjadikan lagu Berani ini sebagai lagu dedikasi buat seluruh peminat kami yang digelar iDollayang sudah setia memberikan sokongandan sentiasa berada bersama kami.

“Itu sudah cukup memberikan motivasidan inspirasi kepada kami untuk terus berjaya dan memberikan yang terbaik dalam bidang muzik ini.

“Jadi, harapan Dolla adalah semoga iDolladan peminat muzik tempatan boleh menghargai dan ‘enjoy’ denganlagu BERANI ini. Paling penting juga harapnyapendengar dapat menerima sisi lain Dolla dalam lagu ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sabronzo mengakui Dolla teruja untuk kembali memeriahkan industri muzik tanah air selepas semua aktiviti seni dan persembahan dibenarkan beroperasi.

“Sekarang Dolla memangsudah ada merancanguntuk membuat persembahan secara langsung untuk beberapa acara. Jadi, kami sangat teruja sebab dapat membuat persembahan semula untuk semua. Dalam masa sama, menerusi lagu Berani ini kami boleh fokus dari segi vokal.

“Selain itu, buat masa sekarang kami mahu memberi fokus pada lagu BERANIini dahulu dan dalam masa sama ada lagu baru lain yang sedang dalam proses pembikinan,” katanya.

Terdahulu, pada Mei lalu, Dolla menerima penghargaan daripadaSamsung apabilawajah mereka telah diabadikan sebagai lukisan mural yang terletak di Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.

Dengan ini, pihak Universal Music Malaysia ingin mengumumkan single terdahulu Impikan Berjaya mendapat Anugerah Platinum berdasarkan jualan strim mereka melebih RM200,000 di Malaysia.

Perkembangan lain, Dolla menjadi artis ketiga tanah air muncul di Billboard New York Times Square pada 20 September lalu.

Dalam masa sama, Dolla turut dilantik sebagai antara duta Spotify equal SGMY.Single BERANIyang turut mendapat sentuhan John Jeevesselaku penerbit dan penggubah dilancarkan secara rasmi di semuaplatform muzik digital pada 24 September ini. Serentak itu, video muzik boleh boleh ditonton di saluran YouTubeDollaVEVO. -SM

(Visited 669 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button