Uncategorized

Ahli-ahli parlimen UMNO akan adakan sidang akhbar

Ahli-ahli parlimen UMNO akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 11.30 pagi ini.

Sidang akhbar itu diadakan dipercayai susulan pertemuan yang diadakan di rumah Datuk Seri Najib Tun Razak di Pavillion tengah malam tadi.

Malam tadi antara ahli parlimen yang hadir ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera dan merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap Ismail kerana melanggar keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi supaya ahli-ahli parlimen parti itu menarik kembali sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Ikuti secara langsung di Facebook dan Youtube sidang akhbar berkenaan.

 

 

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button