Hiburan

Boleh ke panggung wayang pandu masuk diterima masyarakat?

MULA diwujudkan pada 23 April 1915, panggung wayang pandu masuk atau lebih dikenali dengan nama Inggerisnya Drive In Cinema sebenarnya sudah lama diwujudkan.

Tetapi perkembangan panggung wayang pandu masuk ini tidaklah semaju dengan pawagam yang kini semakin berevolusi dengan pelbagai elemen tambahan untuk menjadikan pengalaman tontonan itu lebih menarik.

Panggung wayang pandu masuk ini juga sebenarya cukup sinonim dengan Amerika Syarikat dan sudah menjadi sebahagian daripada budaya mereka.

Banyak negara yang tertarik dengan cara panggung tersebut beroperasi dan antara negara yang sudah mewujudkannya ialah di Thailand dan Indonesia.

panggung

Tetapi cara di Thailand ada sedikit pembaharuan kerana ruang parkir itu diletakan penghawa dingin untuk mengurangkan rasa panas ketika menonton.

Terbaharu, negara buat pertama kalinya juga telah mewukudkan sebuah panggung wayang dengan kaedah yang sama dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive.

Lokasi panggung itu terletak di Downtown Meru, Perak dan boleh memuatkan sebanyak 70 kenderaan pada satu masa.

Panggung terbaharu itu merupakan inisiatif Perak Corporation Berhad (PCB) dan menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, idea tersebut muncul sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pengenalan pawagam ini dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19 dan diharapkan dapat menghidupkan lagi aktiviti pelancong yang datang ke Ipoh,” katanya.

panggung

Sementara itu, Zainal Iskandar berkata orang ramai boleh membuat tempahan tiket tayangan filem yang dikenakan bayaran antara RM36 hingga RM42 bagi setiap kenderaan dengan set snek serta minuman secara dalam talian di laman web www.sini-drive.com.my.

Menurutnya, orang ramai boleh menikmati tayangan filem pelbagai genre termasuk filem aksi dan Bollywood bermula pukul 8 malam hingga 11 malam pada skrin berkeluasan 6×18 meter itu setiap hari kecuali Isnin bermula esok (18 Julai).

“Satu frekuensi khas akan diberi kepada penonton yang audio tayangan filem berkenaan dapat didengar terus dari radio kenderaan masing-masing.

“Kami bercadang untuk membuka panggung wayang pandu masuk ini di tempat lain seperti Kuala Kangsar dan Kampar sekiranya ia mendapat sambutan,” katanya.

BACA> Syor Festival Filem Malaysia diperluas ke India

Buat masa ini, ada satu lagi pihak yang juga berminat untuk membuat panggung wayang pandu masuk di ibu negara cuma belum diketahui bila akan bermula.

Untuk rekod, Amerika Syarikat sehingga kini telah mempunyai lebih 500 panggung wayang pandu masuk dan jumlah itu juga sebenarnya semakin berkurangan.

Ia disebabkan beberapa faktor seperti lokasi hartanah yang semakin tinggi dan keuntungan perniagaan yang tidak mampu menampung kos operasi.

Tetapi Malaysia pula muncul dengan idea untuk mewujudkan pawagam dengan kaedah seperti ini.

BACA> Empat sahabat manfaat bakat ubah vandalisme kepada seni jalanan bermesej

Dengan harga tiket yang agak tinggi, adakah panggung seperti ini boleh menjana pendapatan atau sekadar menjadi daya penarik sahaja?

Apa-apa pun, usaha seperti ini perlu diberi ucapan tahniah kerana bukan sahaja merancakkan lagi industri seni tempatan, tetapi juga membuka peluang kerja kepada lebih ramai orang. -SM

(Visited 650 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button