Hiburan

Pencipta Upin Ipin dapat ‘Diamond Creator Award’

PENCIPTA kandungan, Les’ Copaque Production telah menerima anugerah khas iaitu ‘Diamond Creator Award’ dari platform gergasi YouTube kerana berjaya mencecah 10 juta langganan.

Dalam satu kenyataan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd berkata saluran YouTube Les’ Copaque Production kini mempunyai 10.3 juta pelanggan, sekaligus menjadikan ia saluran YouTube pertama Malaysia yang mendapat anugerah berkenaan.

Anugerah itu disampaikan oleh wakil Google Malaysia kepada pengarah urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi di studio Les’ Copaque Production pada 29 Jun, 2020.

Jelas syarikat produksi itu, ini merupakan satu kebanggaan kepada negara, kerana 10 juta langganan bukanlah sesuatu yang mudah dicapai.

Saluran Youtube memaparkan pelbagai kandungan kreatif dari Harta Intelek (IP) hakmilik Les’ Copaque Production seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, Dadudido, Puteri dan banyak lagi.

Saluran ini juga mendapat ‘Silver play Button’ (100,000 langganan) dan ‘Gold Play Button’ (satu juta langganan) pada tahun 2017.

Anugerah ini mengiringi kejayaan Les’ Copaque sebagai studio animasi nombor satu negara yang berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia apabila filem ‘Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal’ berjaya disenarai pendek dalam pencalonan Oscar bagi kategori animasi pada tahun lepas.

Les’ Copaque Production menyasarkan untuk mendapat anugerah ‘Custom Play Button’ atau lebih dikenali sebagai ‘Ruby Play Button’ dalam tiga tahun yang akan datang. – BERNAMA

(Visited 724 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button