Jenayah

Jenazah Laskar Kanan PAP Maslim diterbangkan Ke Semporna pagi Ini

JENAZAH allahyarham Laskar Kanan PAP, Maslim Abdul Rahim, 35, seorang daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Ranau-Kota Kinabalu, Sabah, pada Selasa lalu diterbangkan ke kampung halamannya di Semporna, pagi ini.

Memetik laporan BERNAMA, jenazah arwah diterbangkan ke Semporna dengan menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) EC 725.

Helikopter itu berlepas pada pukul 8.05 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Terminal 2.

Jenazah yang diiringi Laskar Kanan 1 PAP, Mohamad Hafiz Md Nor dijangka tiba di Semporna pukul 9.35 pagi di Semporna.

Proses bedah siasat telah selesai dijalankan pada pukul 2.00 petang semalam di Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth.

Maslim dari Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 Pangkalan TLDM Sandakan antara tiga mangsa nahas jalan raya yang berlaku pada pukul 1.03 petang, Selasa lepas.

Kemalangan itu turut mengorbankan dua lagi anggota iaitu Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan dari Kluang, Johor dan Laskar Kelas I TMK Muhammad Arif Idris dari Melaka manakala yang cedera ialah Laskar Kelas II TLR Vincent M Orel.

Jenazah Mohamad Firdaus dan Muhammad Arif dijangka diterbangkan hari ini ke Johor dan Melaka. – SM

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button