Nasional

Raja Permaisuri Agong dan Ahli ACWW Lawat MMU

UNIVERSITI Multimedia (MMU) menganjurkan program lawatan sehari anggota-anggota Persidangan Dunia Tiga Tahun Sekali Ke-30 Persidangan Wanita Desa Sedunia (ACWW) di kampus MMU di sini pada 21 Mei 2023.
Lawatan berkenaan disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Dalam lawatan ini, baginda menyaksikan persembahan tarian budaya, pembentangan buku Durian Cook Book, pameran inovasi sosial Lorong Belakang, sebuah pasar malam komuniti yang ditubuhkan dan dijalankan oleh golongan muda di Cyberjaya.

Anggota-anggota ACWW turut mengikuti sesi jelajah kampus melibatkan lawatan ke makmal Tanaman Pintar, Kediaman Pintar, Ruang Teknologi Inovasi Hibrid, infrastruktur 5G, dan Technologi Penuaan Masyarakat.


Mereka turut menyaksikan produksi layar hijau, teknologi multimedia untuk warisan kebudayaan, kandungan dan teknologi & kesan tangkapan gerakan dan juga pameran seni senimatik yang dibangunkan di MMU. Raja Permaisuri Agong Bersama anggota-anggota ACWW turut menikmati hidangan tengah hari pada lawatan itu.

Prof. Dato Dr. Mazliham Mohd. Su’ud, Presiden MMU berkata, warga universiti berasa bangga kerana MMU dipilih oleh Raja Permaisuri Agong sebagai lokasi untuk menganjurkan lawatan berkenaan.


“MMU amat menghargai peluang yang diberikan untuk menyumbang input teknikal dan multimedia dalam persidangan ini dan kami berharap ia dapat menepati jangkaan Tuanku,” katanya.

Turut hadir dalam program ini ialah Dato’ Imri Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia (TM); Magdie de Kock, Presiden ACWW, dan Jackie Macedo, Pengasas Masters of Malaysia Cuisine (MoMC). -SM

Baca juga : PM bakal perkemas peraturan menggunakan kalimah ‘Allah’

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button