JenayahNasionalNegeri

Cemburu: Pesara tentera tikam isteri hingga maut

CEMBURU buta dipercayai menjadi motif sehingga seorang suami sanggup menikam isteri sehingga maut di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau pada kira-kira pukul 6 pagi ini.

Malah selepas kejadian, suspek sempat empat jam “berlegar-legar” termasuk membersihkan tempat kejadian dan menghantar dua anak yang berusia 8 dan 10 tahun di rumah pengasuh sebelum menyerah diri di pondok pengawal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kangar.

Suspek dibawa ke tempat kejadian di sebuah rumah di Padang Nyu, Arau bagi siasatan oleh pihak polis. – Gambar Ihsan Sin Chew Daily

Berikutan itu Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Ahmad Mohsein Md. Rodi berkata, pesara tentera yang berusia 38 tahun ini telah ditahan pada kira-kira pukul 10 pagi ini.

“Suspek akan dibawah ke Mahkamah Kangar esok bagi mendapatkan perintah reman,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian petang ini.

Beliau berkata, dalam siasatan pihaknya mendapati telah berlaku pertengkaran antara suspek dengan mangsa, 31, yang merupakan seorang jururawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar ketika hendak keluar bekerja pada kira-kira pukul 6 pagi.

Ahmad Mohsein (kiri) berada di tempat kejadian untuk menyiasat kes suspek menikam isteri sehingga maut di sebuah rumah di Padang Nyu, Arau, Perlis. – Gambar Ihsan Sin Chew Daily

“Selepas itu, suspek kemudiannya membawa mayat isteri ke bilik tidur utama dan ditutupkan dengan selimut toto,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati terdapat kesan tompokan darah pada ruang tamu.

Katanya lagi, suspek ini juga sebelum ini dilaporkan mempunyai kes lampau berkaitan dadah.

Tambah beliau, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat. – SM

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button