Nasional

PM senyum ucapan dijadikan lagu rap untuk lepas tekanan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menyedari ucapan beliau berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijadikan lagu berentak rap sebagai hiburan untuk mengurangkan tekanan terkurung dalam rumah selama lebih tiga minggu.

Muhyiddin berkata, beliau juga melihat pelbagai gelagat rakyat yang dikongsi di media sosial sepanjang PKP dilaksanakan termasuk ada yang memakai baju kelawar isteri untuk mengurangkan rasa kebosanan kerana terkurang dalam rumah

“Saya lihat di media sosial, ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri. Ada yang mengayuh basikal dalam rumah. Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu.

“Saya harap ini bukanlah kejadian pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah

“Yang penting saya fikir saudara-saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi dugaan dan ujian. Dan saya yakin Tuhan tidaklah menguji atau membebani kita dengan sesuatu yang tidak boleh kita tanggung,” kata Muhyiddin ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”.

Muhyiddin berkata, beliau yakin dugaan yang dibawa oleh wabak Covid-19 dapat dihadapi oleh rakyat.  Justeru beliau meminta rakyat agar terus cekal, kuat dan bersemangat.

“Yakinlah, kita akan dapat atasi dugaan ini bersama-sama. Memenangi perang ini bermula dari rumah kita, keluarga kita. Kita boleh menghentikan wabak ini daripada terus merebak dengan terus tinggal di dalam rumah dan mengekalkan jarak fizikal.

“Terus tabah, kekal sihat. Insya-Allah kita akan berjaya. Ingatlah, selepas hujan akan terbit matahari. Hari yang baik akan menjelma semula. Teruslah sabar, tenang dan istiqamah. InsyaAllah, kita akan bangkit
semula,” kata Muhyiddin.

 

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button