Nasional

Anwar kritik campur tangan SPRM siasat Hakim Mahkamah Rayuan

SIASATAN dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, disifatkan melanggar prinsip pengasingan kuasa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya yang mengkritik campur tangan SPRM melangggar prinsip ini, dikhuatiri dianggap sebagai tekanan dan campur tangan politik.

“Saya ambil maklum isu membabitkan Mohd Nazlan terkait dakwaan wang RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.

“Bagaimanapun, saya ingin tegaskan institusi kehakiman sendiri mempunyai badan yang menyelia dan mengawal integriti para hakim dan ini ditetapkan untuk memastikan agar wujud pembahagian kuasa yang jelas di dalam sistem yang ada” Jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

SPRM sebelum ini dilaporkan sudah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan dan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki memaklumkan ia prosedur biasa selepas menerima laporan secara rasmi.

Tambahnya, integriti dan kebebasan badan kehakiman kelihatan beransur pulih akibat kecelaruan serta ketempangan berdekad lamanya tanpa ada usaha serius pemerintah untuk membetulkannya

Dalam pada itu, Mohd Nazlan menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin dan satu laporan polis telah dibuat, Khamis lalu.

Artikel ditulis oleh Raja Petra bertajuk ‘Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account’ yang disiarkan di sebuah portal adalah palsu dan tidak berasas.

Ia juga bertujuan menjatuhkan kredibiliti Mohd Nazlan sebagai seorang Hakim Mahkamah Rayuan serta mengganggu sistem keadilan serta institusi kehakiman, kata Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman Putrajaya. – BERITA HARIAN – SM

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button