Nasional

Asrama terbakar, 43 orang pelajar selamat

ASRAMA Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Hisamuddin di Taman Bijaya musnah dalam satu kebakaran kira-kira 9.30 malam ketika pelajar sedang menunaikan solat tarawih.

Ketika kebakaran berlaku kesemua pelajar iaitu seramai 43 orang tiada di bilik mereka tingkat tiga bangunan itu dan tiada kecederaan membabitkan pelajar dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan tingkat tiga asrama lelaki di sekolah berkenaan.

Jelasnya, kebakaran tersebut telah memusnahkan 70 peratus asrama itu setelah usaha memadamkan api berjaya dilaksanakan.

“Hanya tingkat tiga bangunan asrama terbabit terbakar yang mana ia menempatkan 43 pelajar dan ketika kebakaran, mereka semua tiada di bilik kerana sedang solat tarawih.

“Kebakaran berjaya dikawal jam 10.09 malam dengan punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan. – BERITA HARIAN – SM

(Visited 535 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button