Luar Negara

Anak kambing punyai rupa paras pemiliknya

TULAR di media sosial dan menggemparkan orang ramai mengenai satu kelahiran luar biasa anak kambing yang mempunyai rupa paras seperti pemiliknya.

Kambing yang dilahirkan pada 9 April lalu di Seltipada, Songadh City turut mempunyai janggut dan tiada ekor

Petani yang bernama Ajaybhai Vasana berkata ibu kambing tersebut tidak menunjukkan sebarang tingkah laku ganjil semasa membuntingkan anaknya itu.

Melalui perkongsian video berdurasi 15 saat itu bagaimanapun dilihat anak kambing itu tidak mampu bertahan hidup dan mati selepas 10 minit kelahirannya.

Dalam pada itu, rata-rata warganet menganggap kelahiran luar biasa itu berpunca daripada mutasi genetik namun penduduk setempat menganggap ia sebagai Tuhan mahupun jelmaan nenek moyang mereka.

Justeru mereka mengebumikan anak kambing itu dengan mengadakan upacara khas keagamaan bagi memberi penghormatan kepadanya. – SM

(Visited 1,391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button