Luar Negara

Israel siasat kematian 45 jemaah Yahudi

KERAJAAN baru Israel telah meluluskan siasatan rasmi mengenai kejadian di sebuat tempat suci kuno Yahudi pada bulan April yang mengorbankan 45 orang dan mencederakan puluhan jemaah yang lain.

Walaupun ia adalah bencana awam terburuk di negara zionis itu namun siasat penuh terhadap kejadian yang berlaku di Gunung Meron itu tertangguh disebabkan permusuhan politik yang berlaku hingga mengakibatkan perubahan kerajaan baru-baru ini.

Puluhan ribu Yahudi ultra-Ortodoks berkumpul di kawasan tersebut yang menjadi tempat pemakaman pendeta Yahudi Rabbi Shimon Bar Yochai sejak abad kedua pada 30 April lalu untuk festival tahunan Lag B’Omer yang merangkumi doa sepanjang malam, lagu-lagu mistik dan tarian.

Semasa upacara berlangsung sebahagian daripada jemaah Yahudi berpusu-pusu memasuki laluan sempit hingga berlaku rempuhan menyebabkan 45 lelaki mati terpijak dan sesak nafas.-SM

(Visited 91 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button