KemalanganNasional
Trending

Tujuh maut kemalangan di Simpang Pulai, Perak

TUJUH termasuk lima sekeluarga maut selepas sebuah kereta jenis Perodua Alza bertembung dengan sebuah lori treler di Simpang Pulai, Perak, hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar pukul 5 petang tadi berhampiran jalan yang menghubungkan Simpang Pulai – Cameron Highlands.

Berdasarkan maklumat awal daripada orang awam, kenderaan pelbagai guna (MPV) tersebut membawa 10 penumpang, terbalik selepas berlanggar dengan treler.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba), mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki, tiga wanita dan dua lelaki dewasa.

Sementara tiga mangsa lain iaitu dua kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki dewasa, cedera parah.

Anggota Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 5.55 petang telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota Bomba Simpang Pulai yang tiba di tempat kejadian mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta jenis Perodua Alza.

“Kemalangan ini melibatkan 10 orang mangsa dengan tujuh daripada mereka maut manakala tiga lagi cedera parah,” katanya.

Katanya lagi, sewaktu kemalangan, kereta jenis MPV itu dikatakan dalam perjalanan ke Kedah.

Bagaimanapun identiti mangsa masih belum diperoleh dan punca kemalangan masih  dalam siasatan. – SUMBER UTUSAN MALAYSIA – SM

[Laporan lanjut menyusul]

 

(Visited 1,059 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button