Nasional

ADUN Jerteh beri sumbangan kepada bekas jurugambar Utusan, Azlan

BEKAS Jurugambar Utusan Malaysia, Azlan Baharom yang terlantar sakit akibat masalah buah pinggang turut mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Muhamad Pehimi Yusof.

Muhamad Pehimi menyampaikan sumbangan itu kepada Azlan di kediaman bekas kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad itu di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.

Berdasarkan maklumat dari Facebook,  Azlan memberitahu, beliau dimasukkan ke hospital pada 26 April kerana keracunan makanan.

Namun, rawatan di hospital telah mengesan masalah buah pinggang tahap tiga dan sudah mahu ke tahap empat.

Dalam tempoh rawatan itu, beliau turut berhadapan dengan masalah gaut yang menyebabkan tidak boleh makan ubat tahan sakit.

Ia turut menyebabkan sendi-sendi di bahu, lutut, kaki dan tangan bengkak.

Azlan yang mempunyai tiga orang anak kini tidak mampu berbuat apa-apa hanya terlantar di rumah.

Disebabkan kesempitan hidup akibat kehilangan pekerjaan apabila syarikat Utusan Melayu (M) Berhad yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo ditutup pada Oktober tahun lalu, sumbangan daripada bekas rakan sekerja dan orang yang mengenalinya sedikit sebanyak dapat membantu beliau terutama dalam menampung perbelanjaan perubatan.

Lebih-lebih ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 ini, menyukarkan lagi kehidupan mereka sekeluarga,

Bagi mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Azlan Baharom. 114076071284. nombor telefon 019-2805123.

Jika, akaun ini telah disekat boleh menggunakan akaun isteri beliau Norhaspida Yatim juga Maybank, 156057287629. – SM

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button