Hiburan

Jelaskan jadi lagu nyanyian terakhir arwah Sandra

BAGI mengubati kerinduan peminat terhadap arwah Sandra, pihak pengurusan dan syarikat rakaman penyanyi itu mengambil keputusan untuk mengeluarkan lagu terbaharu nyanyian terakhir arwah berjudul Jelaskan.

Wakil dari Sony Music, Vea Norman berkata, proses rakaman lagu tersebut berjaya disiapkan sekitar Mei lalu.

“Proses rakaman mengambil masa agak lama kerana dirakam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala susunan muzik pula dirakam di Kuala Lumpur manakala vokal di Sabah.

“Bagaimanapun, produksi terpaksa menunggu Sandra datang ke Kuala Lumpur kerana kualiti rakaman yang tidak memuaskan,” katanya.

Menurutnya, Sandra juga terpaksa mengulangi proses rakaman suara beberapa kali untuk mendapat emosi yang terbaik bagi lagu itu.

Bercerita mengenai lagu itu, Jelaskan menceritakan sebuah percintaan yang tergantung.

“Mesej utama yang ingin Sandra sampaikan dalam lagu ini adalah sesuatu perhubungan sepatutnya perlu dihormati kedua-dua pihak,” jelasnya.

Jelaskan sudah boleh didapati menerusi penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube dan Youtube Music bermula Jumaat lalu (2 Oktober 2020). -SM

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button