Hiburan

Salahkah Hans Isaac buat ujian COVID-19 di rumah?

DUA minggu lalu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hans Isaac yang bergelar Datuk telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-parunya.

Selepas dibenarkan keluar dari hospital, beliau menjalani ujian dan pemeriksaan COVID-19 di rumah demi pengesahan bebas dari jangkitan wabak itu.

Katanya, walaupun dimasukkan ke hospital selama lima hari sahaja untuk rawatan namun beliau skeptikal kerana tiada jaminan penularan wabak COVID-19 tidak boleh berlaku.

Sebagai langkah keselamatan dirinya sendiri dan mereka yang mengelilinginya, jelas Hans, beliau menjalani ujian saringan dengan cara menggunakan khidmat pihak swasta.

Hans mendakwa, perkhidmatan yang dihulurkan oleh pihak swasta ini adalah pakar dan bertauliah.

Sekarang, dalam tempoh 48 jam, beliau perlu menunggu keputusan ujian pemeriksaan COVID-19.

“Rasa berdebar menunggu keputusan ujian saringan COVID-19 yang dilakukan beberapa hari lalu kerana ujian ini tidak sama seperti menunggu keputusan ujian yang lain-lain.

“Keputusan ujian akan hanya dikeluarkan selepas 48 jam dan sekarang, saya masih lagi menunggu dalam debaran,”katanya yang juga merupakan pelakon dan penerbit filem.

Langkah Hans yang melakukan ujian atau pemeriksaan COVID-19 di rumah dimuatnaik dalam laman sosial Instagram (IG)nya dengan niat, perkongsian dengan pengikut-pengikutnya.

Bagaimanapan, beliau dikritik oleh netizen yang mendakwa, ujian hanya boleh dilakukan di hospital dan untuk mereka yang menunjukkan tanda-tanda COVID-19.

Hans tidak membiarkan begitu sahaja kritikan netizen terhadap dirinya sebalik tampil membuat pencerahan bahawa tujuan beliau melakukan ujian saringan pemeriksaan COVID-19 adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

https://www.instagram.com/p/B952tLxACxp/?igshid=xxsm7hy7ldl7

Dalam masa yang sama, Hans meminta individu yang tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan agar mengubah minda mereka dan akur dengan perintah tersebut.

“Saya minta sangat tolonglah patuh arahan. Kalau tiada keperluan, tak perlu keluar rumah. Jangan disebabkan kedegilan kita, orang lain menjadi mangsa,” katanya. – SUMBER ASTRO Gempak dan BH Online. – SM

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button