Nasionalpilihan

JaPen perlu lebih pantas sebarkan maklumat bantuan kerajaan kepada rakyat

Jabatan Penerangan (JaPen) perlu mencari inisiatif baharu dengan menukar cara bekerja di zaman pandemik.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, cara bekerja dari menggunakan komunikasi bersemuka perlu ditukar.
“Penggunaan media sosial dan pendekatan kreatif lain adalah perlu bagi memastikan maklumat seperti bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat dapat disampaikan dengan cepat dan pantas.
“JaPen mempunyai peranan yang penting dalam membina keyakinan rakyat kepada kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin pula berkata, JaPen perlu memainkan peranan penting untuk lebih peka akan keperluan semasa bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan hari ini.
“Komunikasi dua hala menjadi kunci untuk menerangkan kepada rakyat tentang cara terbaik untuk memahami setiap dasar dan inisiatif kerajaan yang sememangnya mendahulukan rakyat dari setiap sudut tidak kira menerusi aktiviti turun padang mahupun penerangan secara digital.
“In-Sya-Allah dengan kerjasama semua warga JaPen di seluruh Malaysia, saya percaya Keluarga Malaysia yang menjadi hasrat utama Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan menjadi kenyataan,” katanya. -SM
(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button