Hiburanpilihan

Jamal Abdillah bakal timang cahaya mata ke lima pada usia 62 tahun

PADA usia 62 tahun, rata-rata lelaki sudah bergelar atuk dan menimang cucu. Tetapi, berbeza pula bagi Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah.

Jamal memaklumkan yang dia akan menimang cahaya mata ke lima selepas isterinya, Zai Izzati mengandung dan kini sudah berusia 12 minggu.

“Alhamdulillah, kehadiran anak adalah satu rezeki buat saya. Harapnya kali ini dikurniakan seorang lagi anak perempuan.

“Saya juga merancang supaya anak ke lima ini lahir pada 12 Disember tahun ini,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Menerusi pernikahan dengan Zai Izzati, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 2, dan El Issac Yamani yang berusia sembilan bulan.

Nur Azura Yamani lahir pada 10.10.2019 sementara El Issac Yamani juga diputerakan pada tarikh yang mudah diingati iaitu pada 11.11.2020.

Jamal juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 19, dan Ahmad Zaki Yamani,14, menerusi perkahwinan terdahulu. -SM

(Visited 507 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button